• Marketer's Mind
  • Posts
  • 7 Point Menarik Yang Saya Belajar Selepas Study Ratusan Iklan "Kolestrol"

7 Point Menarik Yang Saya Belajar Selepas Study Ratusan Iklan "Kolestrol"

point no 5 membuka minda saya

Niche kesihatan adalah niche evergreen.
Demand tak pernah putus.

Jadi saya buat keputusan untuk buat analisa.
Saya nak review semua iklan dalam niche ini.

Fokus review adalah pada:
1. Hook
2. Creative

Saya tidak lihat body iklan dengan terperinci.

Kriteria yang saya guna pakai ada 9:

  1. Hook positif atau negatif

  2. Ada jenama atau tidak ada(native)

  3. Clear vs clever

  4. Jumlah patah perkataan

  5. Soalan atau pernyataan

  6. Ada gambar produk atau tidak

  7. Banyak teks atau tidak banyak teks

  8. Social proof vs no social proof

  9. Emosi vs fungsi

Untuk niche kesihatan, saya akan pilih “kolestrol” sebagai kata kunci.

Saya buka FB Ads Library.
Kemudian masukkan keyword “kolestrol”.

Dalam proses ini, sebolehnya saya nak gunakan iklan yang convert.
Tapi saya tak ada akses pada data iklan.

Jadi apa yang saya buat adalah apply filter.
Saya hanya akan lihat iklan yang dibuat dari 1 Feb-30 Mac DAN masih aktif sehingga ke hari ini.
(hipotesis: kalau iklan itu dibuat sejak dari Feb dan masih aktif, kemungkinan besar iklan itu memang convert)

Jumlah iklan yang aktif dalam tempoh ini = 450

Bagi setiap iklan ini, saya akan semak 9 aspek tadi.

Ini contoh macam mana saya buat:

Soalan 1,3,4,5 bertumpu kepada analisa hook.
Manakala soalan 2,6,7,8,9 fokus pada analisa creative.

Proses ini saya ulang buat bagi setiap iklan.
Satu persatu.

Hasilnya ada beberapa penemuan menarik yang saya jumpa.

#1 Hook Positif Lebih Banyak Digunakan

Ini mengejutkan saya.
Saya ingat hook negatif yang akan menang.
Rupanya majoriti iklan ini (77%) menggunakan hook positif.

Hook positif membawa unsur positif.
Fokusnya pada desired outcome atau gain.

Saya pernah tulis satu artikel sepetang bersama blogger dulu.
Dalam artikel itu, ada saya cerita tentang hasil kajian Prof Jonah Berger.

Prof Jonah Berger buat analisa,
dia nak kenal pasti apakah yang menyebabkan sesuatu konten itu jadi viral.

Dia perkenalkan akronim STEPPS.

S = social currency
T = trigger
E = emotion
P = practical
P = public
S = storytelling

Untuk elemen emotion, Prof kata emosi yang paling power adalah emosi negatif iaitu cemburu, marah, stress dan takut.

Jadi…

Saya buat satu rumusan.
Konten viral tidak sama dengan iklan yang mendapat klik.

Dalam kes ini, iklan yang mendapat klik adalah hook yang membawa emosi positif.

#2 Paparkan Jenama dan Mesej Yang Jelas

Lebih 80% iklan dalam niche ini memaparkan jenama mereka.
Sama ada pada nama page atau creative.

Mesej yang digunakan juga jelas dan straightforward.

Iklan yang guna hook tidak straight forward biasanya adalah iklan-iklan dalam kategori red flag.
Contohnya iklan ubat kuat.

Jadi anda tidak perlu takut untuk berterus terang.

Terus nyatakan apa masalah yang produk anda boleh selesaikan.

Pernyataan masalah ini sendiri sebenarnya merupakan hook jenis selective.
Hook itu seolah-olah menapis siapa audien yang berminat.

#3 Panjang Hook Adalah Sederhana

Hook yang paling panjang adalah 46 patah perkataan.
Manakala hook yang paling pendek hanya guna 3 patah perkataan.

Hook yang panjang ini biasanya adalah testimonial pelanggan atau gabungan 3-4 masalah sekaligus.

Ada yang nak cepat sehinggakan tak terbuang “version 9” 😅

Untuk hook yang pendek pula,
kebanyakkanya adalah promosi.

Secara puratanya, jumlah patah perkataan bagi kesemua iklan ini adalah 12 patah perkataan.

Cuma saya berpendapat, sesuaikan mengikut jenis audien anda.

Jenis Audien

Tahap Kepanjangan Hook

Cold

Panjang. 12 atau lebih. Problem centred.

Warm

Sederhana.

Hot

Pendek. Fokus pada apa yang mereka nak.

#4 Gunakan Pernyataan Berbanding Soalan

Majoriti advertiser menggunakan hook jenis pernyataan.
Sama macam point no 2 tadi.

Bahkan, kalau mereka gunakan soalan pun,
itu hanya trick licik.

Mereka menyatakan pernyataan dalam bentuk soalan.

Saya tunjukkan contoh.

Ini adalah iklan yang betul-betul tanya soalan:

Ini pula iklan yang acah-acah tanya soalan.
Sebenarnya pernyataan:

Nampak perbezaannya?

Rumusannya, audien dalam niche ini lebih gemar kepada hook pernyataan.

Sekarang kita pergi ke point yang lebih menarik…

#5 Masukkan Produk dan Banyakkan Teks

Memandangkan niche kesihatan > kolestrol ini agak kompetitif,
majoriti advertiser terus letakkan gambar produk mereka.

Mereka tak kisah sama ada iklan itu pada cold atau warm,
kira sekali harung.

Jadi anda tak perlu fikir panjang nak letak gambar produk atau tidak.

Macam mana dengan teks?

Mana satu lebih perform? Iklan yang banyak teks atau tidak banyak teks?

Cer teka…

Jawapannya…
(drum roll)

Keputusannya seri.

50% iklan yang saya analisa penuh teks.
Memang padat.

Macam mana?

Ini kalau designer tengok fenin kepala.
Atau kalau marketer dari mazhab branding tengok…hancussss😂

Tapi it works!

Jadi kalau anda tak ada kepakaran dalam desain,
jangan bimbang.
Iklan anda masih boleh perform.

#6 Tidak Ada Social Proof?

Saya pernah jumpa marketer yang buat testimoni rekaan.

Bila tanya kenapa? Dia jawab sebab testimoni penting.

Penting sangat sampai kena menipu…hmmm

Dalam analisa yang saya buat,
hanya 45% iklan yang ada social proof.

Dan majoriti yang guna social proof ini adalah dalam bentuk video.

55% lagi tidak ada social proof.

Jadi anda tak perlu gelabah semacam kalau tak ada social proof.
Iklan masih boleh dapat klik.

Insaf?

Baiklah.

…point terakhir…

#7 Emosi Atau Fungsi (Jangan Terkejut)

Yang ini saya lihat pada creative (gambar atau video).
Bukan pada hook.

Anda biasa dengar orang ajar “iklan yang power adalah iklan yang menyentuh emosi”?

Well…

85% iklan dalam niche ini tidak fokus pada emosi.
Mereka fokus pada fungsi.
Apa yang produk itu boleh buat.

Contohnya…

Macam yang saya sebut dalam point no 6 tadi,
creative emosi kebanyakkan dalam bentuk video.

Tapi itu pun tak banyak.
Hanya 15% advertiser sahaja yang guna format begitu.

Soalan: Adakah iklan jenis emosi hanya teori?

Ini kita kena kembali kepada market sophistication.
Seperti yang diterangkan oleh Eugene Schwartz.

Baca komik dari CopyHour ini untuk mudah faham.

Kalau market anda belum sampai level 4 atau 5,
maka tidak ada masalah untuk anda tidak gunakan unsur emosi dalam iklan.

Take Home Message

Satu perkara penting yang anda kena ingat adalah lain padang, lain belalang.

Analisa perbandingan yang saya buat ini adalah dalam niche kesihatan.
Secara spesifiknya untuk iklan-iklan yang ada perkataan “kolestrol”.

Bagi niche yang berbeza,
tekniknya mungkin lain.

Jadi saya syorkan untuk anda test sendiri dalam niche anda.

Satu perkara…

Boleh komen dan share apa-apa insight yang anda dapat?
Atau ada teknik lain yang anda cuba dan menjadi?

UPDATE: Saya akan buat satu workshop online Copywriting Fast Track pada 30 June 2024.

Dalam workshop ini, anda akan belajar macam mana nak buat copywriting yang menjadi. Sesuai untuk beginner dan intermediate.

Kelas ini percuma. Cuma anda perlu daftar di sini. Terhad untuk 20 orang sahaja.

Reply

or to participate.