• Marketer's Mind
  • Posts
  • Alex Hormozi Dapat 7.8 Juta Subscribers dan 2,000,000,000 (billion) Impressions Dalam Masa 48 Bulan - Macam Mana Dia Buat?

Alex Hormozi Dapat 7.8 Juta Subscribers dan 2,000,000,000 (billion) Impressions Dalam Masa 48 Bulan - Macam Mana Dia Buat?

6 teknik yang anda boleh belajar

Sesi Alex Hormozi ini padat dengan actionable items. Saya ada tulis versi simple di Facebook. Dan dalam masa 1 hari sudah lebih 100 shares!

Kalau anda belum kenal Alex, dia ini pemilik Acquisition.com.
Asalnya dia buat bisnes gym. Gagal.

Dia cuba lagi. Kali ini buka 33 cawangan. Gagal lagi.

Cuba kali ketiga. Akhirnya berjaya. Untung $20 juta tahun pertama.

Kemudian dia jual bisnes ini kepada America Pacific Group pada nilai $46.2 juta.

Dalam dunia internet marketing, Alex terkenal sebagai seorang yang suka berkongsi ilmu bisnes secara percuma.

Dan ini yang kita akan belajar dalam nota kali ini.

6 PELAJARAN UTAMA bagaimana Alex Hormozi dapatkan 7.8 juta subscribers dan 2,000,000,000 (billion) impressions dalam masa 48 bulan:

  • YouTube: 0 to 2.23 million subscribers

  • Instagram: 7,000 to 2.5 million followers

  • LinkedIn: 0 to 324,000 followers

  • TikTok: 0 to 856,000 followers

  • Twitter: 0 to 617,000 followers

  • Facebook: 0 to 25,000 followers

  • Podcast: 3,000 to 25 million downloads

  • Email subscribers: 0 to 700,000

“Adakah semua ini Alex buat secara percuma?”

Tidak. Alex belanjakan $4 juta untuk bina tim, beli barang-barang, software dan belajar.

Dalam tempoh ini, dia berjaya hasilkan 35,000 konten.

Alex kongsi 6 perkara penting yang anda boleh buat untuk dapat result macam dia tanpa perlu tunggu 48 jam atau habiskan $4 juta:

Sekarang kita nak go deep…

#1 Edutainment to Education

Asalnya ada 2 jenis konten:
a. Entertainment
b. Education

Entertainment bertujuan menghiburkan.

Education pula memberikan panduan.

Kemudian muncul pula orang tengah,
Entertaiment + Education = Edutainment

Apabila anda buat konten entertainment,
memang orang suka tengok.
Mereka terhibur.

Cuma masalahnya, mereka kekal mahu berhibur.

Macam orang tengok movie, mereka kekal suka tengok movie.

TAPI…

Apabila anda buat konten education,
jumlah view memang tidak akan setinggi konten entertainment.

Namun orang yang tonton adalah orang yang nak sesuatu.
Dalam konteks ini mereka nak belajar kembangkan perniagaan.

Dan mereka inilah yang berpotensi tinggi untuk menjadi pelanggan anda.

Macam mana pula dengan konten edutainment?

Selepas Alex test ketiga-tiga jenis konten,
dia dapati konten education lebih hebat.

Terutamanya apabila konten education itu mendorong penonton untuk membuat tindakan.

Belajar sesuatu?

Ada lagi…

Alex kemudian kongsi konten education macam mana anda patut buat?

Ada 5 kunci utama.

Subscribe to keep reading

This content is free, but you must be subscribed to Marketer's Mind to continue reading.

Already a subscriber?Sign In.Not now

Reply

or to participate.