12 Hook Power Yang Anda Boleh Buat Sekarang

nota ini bantu anda JIMAT MASA cipta attention-grabbing hook

Seperti yang dijanjikan.

Ini adalah 12 Jenis Hook Power.
Hook ini telah melalui ujian keberkesanan dan masa.

Sebaik saja anda belajar jenis-jenis hook ini,
terus praktis.

Baik.

Kita jangan buang masa.

Terus kepada hook pertama…

#1 Hook Manfaat

Manfaat adalah apa yang pelanggan dapat.

Manfaat ada 2 jenis:

  1. Manfaat emosi

  2. Manfaat ekonomi

Manfaat Emosi

Ini adalah manfaat yang menyebabkan audien terasa.
Sama ada secara positif atau negatif.

Apabila anda menggunakan hook jenis ini, anda akan menimbulkan dua kesan utama:
1. keinginan audien makin bertambah
2. kesakitan audien makin parah

Beberapa contoh manfaat emosi:

Cara cepat buat duit di shopee…

Teknik mudah cipta copywriting yang convert…

Aku terpaksa tinggalkan gaji tahunan aku dalam $120,000 di New York…

Ibu bapa mana tak gembira tengok anak dapat result spm bagus

Manfaat Ekonomi

Ini pula berkaitan keuntungan.
Hook begini banyak menggunakan perkataan-perkataan seperti promosi, diskaun, jimat, percuma, murah.

Beberapa contoh manfaat ekonomi:

Beli 1 Percuma 1…

Diskaun 50%…

Promosi Tahun Baru…

Jimat RM10…

#2 Hook Berita

Pernahkah anda terfikir, kenapa orang suka mendengar atau membaca berita?

Ataupun kenapakah anda suka skroll di media sosial?

Ya.

Anda dahagakan sesuatu yang baharu.
Sesuatu yang anda belum pernah tahu.

Hook berita ini boleh bersifat:

  1. Sensasi

  2. Terbaru

  3. Terkini

  4. Pengumuman

Hook ini sangat sesuai digunakan untuk event, pelancaran produk baru.

Beberapa contoh hook jenis berita:

Lelaki pertama yang…

Penemuan terbaru…

5 fakta menakjubkan tentang…

Pertama di Malaysia

TERBARU!

Kini dilancarkan…

#3 Hook Selective

Ini antara hook yang sering anda jumpa.

Kelebihan hook ini adalah ianya bersifat terpilih.
Anda terus sebut siapa target audien anda.

Contoh hook jenis selective:

Kepada mak ayah yang ada anak umur 5 tahun ke bawah...

Wanita-wanita yang usia 50an...

Siapa lagi yang buat copywriting tapi masih tak menjadi...

Sekiranya anda menggunakan hook jenis ini, pastikan anda semak polisi FB/TikTok terlebih dahulu.

Kadang-kadang ada perkataan-perkataan yang mereka tidak benarkan.

#4 Hook Curiosity

Secara definisinya curiosity bermaksud rasa ingin tahu.

Tapi dari sudut ini, anda bukan setakat ingin timbulkan rasa ingin tahu.
Anda ingin timbulkan rasa ingin klik.

Hook jenis ini banyak digunakan oleh media-media.

Cara untuk mencipta hook jenis ini adalah dengan memberikan maklumat separa lengkap.
Ataupun tergantung.

Beberapa contoh hook jenis ini...

Lelaki ini berkongsi tips jimat minyak sehingga RM1000 sebulan
(apa tipsnya? -anda rasa nak tahu)

Wanita berusia 92 tahun cerita rahsia dia hidup sihat dan bertenaga di usia tua dan tak pernah sakit
(apa rahsianya?)

Peniaga ini lakukan satu kesilapan yang mengakibatkan dia rugi RM1000000
(apa kesilapan itu?)

Teknik jana income usd tanpa perlu monitoring dan jual produk

#5 Hook Gimik

Ini adalah hook yang melibatkan permainan kata dan perkataan.
Juga yang mengandungi efek terkejut.

Hook gimik>permainan kata jarang digunakan marketer Malaysia.
Tapi banyak digunakan oleh marketer Indonesia.

Hook gimik>efek terkejut banyak digunakan oleh kita.

Beberapa contoh hook jenis ini...

Update status, dapat fulus (permainan kaata-kata)

Siapa cepat, dia dapat (permainan kaata-kata)

Ah! Menyesalnya saya! (terkejut)

Betul-betul kecewa! (terkejut)

#6 Hook Ketakutan

Straight forward. Kuncinya ketakutan.

Kalau di awal tadi, ada hook yang fokus pada pain.
Yang ini kira subset kepada pain iaitu fear.

Hook ini biasanya digunakan oleh marketer dalam niche kesihatan, kewangan dan insurans.

Kunci kejayaan hook ini terletak kepada sejauh mana takutnya audien itu.

Beberapa contoh hook ini...

Hati-hati kolestrol tinggi

Bahaya kencing manis

Awas! Jangan biarkan

Rugi 100,000 sekelip mata

#7 Hook Soalan

Ini antara hook kegemaran saya.
Dalam hook ini anda menggunakan tanda soal.

Beza hook soalan vs hook curiosity adalah pada jawapan yang audien akan berikan.

Dalam hook curiosity, audien rasa nak tahu >> nak klik.

Dalam hook ini pula, audien hanya ada dua pilihan jawapan:
1. Ya
2. Tidak

Antara contoh hook ini...

Anda nak tahu cara buat duit dalam USD?

Sudahkah anda bersedekah hari ini?

Adakah anda melakukan kesilapan ini?

Adakah anda mangsa seterusnya?

#8 Hook Kata-Kata

Sekali lagi, ini antara hook yang saya sering gunakan.
Dan antara yang paling tinggi kadar kejayaannya.

Hook ini mengambil kata-kata.

Boleh jadi kata-kata itu daripada:
1. Orang ternama
2. Fakta
3. Sumber agama
4. Pengguna produk

Ciri-ciri hook ini adalah ianya menggunakan tanda "kata-kata"

Cuma hook ini sering disalah gunakan.
Marketer cipta testimoni sendiri dan buat seolah-olah itu adalah daripada pengguna. INI SALAH!

Beberapa contoh hook ini...

Ini kali keempat akak repeat produk ini... (jenis testimonial)

Janganlah menolak sesuatu yang baru, karena segala kebaikan berada pada sesuatu yang baru" (jenis kata-kata)

Kajian daripada universiti X mendapati pengambilan Y dapat meningkatkan prestasi otak sebanyak 30%" (jenis fakta)

Sesungguhnya Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum itu... (jenis sumber agama)

#9 Hook Perintah

Ini hook yang membawa ayat arahan.
Seolah-olah audien kena akur pada perintah anda.

Hook ini sangat berkesan terutamanya apabila digunakan oleh pempengaruh.

Cuma kadang-kadang hook ini boleh jadi offensive.
Jadi ada yang mencadangkan supaya diletakkan di akhir ayat, berdekatan dengan CTA.

Contoh hook perintah...

Daftar sekarang atau menyesal kemudian

Sila tulis nama anda sekarang

Cepat klik iklan ini

Beli atau rugi

#10 Hook Claim

Hook yang bold dan berani.
Hook ini sesuai digunakan terutamanya kalau anda masuk market baru.

Dalam hook ini, anda claim andalah yang terbaik.

Sama ada anda yang pertama, yang paling hebat, yang paling baru dan sebagainya.

Kunci pada hook ini adalah lihat apa yang orang belum claim,
kemudian anda claim.

Cabaran utama menggunakan hook ini adalah audien cepat jadi skeptik.

Mereka akan tanya, "ye ke..."

Beberapa contoh iklan hook ini...

Susu kambing original no 1 di Malaysia

Laptop termurah dalam dunia

Produk terlaris di pasaran

Satu-satunya madu asli di pasaran

#11 Hook Saya dan Awak

Variasinya aku dan kau, aku dan hang dan macam-macam lagi.
Tak kisah apa ganti diri.
Intinya merujuk kepada perbualan antara anda dan orang dihadapan.

Hook jenis ini lebih dekat.
Terutama kalau anda memang ada personal branding.

Beberapa contoh hook ini...

Saya nak tunjukkan anda cara masak nasi arab versi campak-campak

Siapa sini nak aku ajar dia cara buat duit guna canva

Saya sedang cari bisnes partner yang baru. Anda minat

#12 Hook Lawan Arah (Counterintuitive)

Hook ini menarik apabila digunakan dengan betul.
Sebab hook ini secara automatik ada unsur curiosity.

Hook ini melawan norma atau cara pandang biasa.

Beberapa contoh hook ini...

Saya dah kata anda memang tak mampu

Rupanya cara anda pam minyak selama ini salah

Siapa kata duit tak boleh beli kegembiraan

Yang Mana Paling Power?

Saya cadangkan anda sentiasa uji cuba.

Kalau hari ini guna hook no 1,
cuba no 2 dan no 3 pula.

Lama-kelamaan anda akan nampak pattern yang menjadi untuk niche anda.

Dan anda juga bebas menggabungkan mana-mana hook yang anda mahu.

Pastikan anda baca nota Copywriting Beginner kepada Copywriting Master.
Nota ini akan memudahkan kerja anda.

Satu teknik mudah yang saya buat adalah…

Cara Aplikasi Hook Power

Mula-mula buka Google Sheet atau Excel.
Kemudian tuliskan nama produk anda.

Buatkan 3 kotak melintang bertajuk Hook 1, 2 dan 3.
Dan 12 kotak ke bawah mewakili setiap jenis hook di atas.

Macam ini:

Sekarang, masa untuk brain workout!

Anda perlu cipta 3 hook bagi setiap jenis hook itu.

“Nak kena buat untuk semua 12 jenis itu?”

Tak perlu.

Tapi kalau rajin, lagi bagus.

Anda biarkan dokumen itu sentiasa ada.

Untuk kali pertama, anda cipta 3 hook jenis berita.

Kemudian sesi kedua anda buat pula hook jenis soalan.
Dan seterusnya.

Lama-kelamaan dokumen ini akan penuh.

Dan anda pun akan dapat idea baru daripada kesemua hook yang anda buat tadi.

Saya cadangkan anda buat exercise ini bersama tim.
Berikan tugasan 1 orang ambil 2 jenis hook.
Kemudian siapkan dalam masa 10 minit.

Lihat hasilnya.

By the way, ini adalah link Google Sheet kalau anda nak guna : KLIK UNTUK BUKA

UPDATE: Saya akan buat satu workshop online Copywriting Fast Track pada 30 June 2024.

Dalam workshop ini, anda akan belajar macam mana nak buat copywriting yang menjadi. Sesuai untuk beginner dan intermediate.

Kelas ini percuma. Cuma anda perlu daftar di sini. Terhad untuk 20 orang sahaja.

Reply

or to participate.