Iklan Ini Cukup Power Sehingga DIHARAMKAN Di FB

rahsia iklan convert likes crazy

Hari ini saya nak dedahkan satu rahsia. Apabila anda tahu rahsia ini, iklan anda boleh convert like crazy.

Betul. Saya tak tipu.

Sepanjang lebih 10 tahun dalam dunia internet marketing,
iklan jenis ini jarang mengecewakan.

Dan kalau iklan ini tak menjadi pun,
saya akan terangkan sebabnya.

Dalam nota ini kita akan go deep.

Gali sedalam yang boleh kenapa iklan jenis ini sangat berkesan.

Kenapa Iklan Jenis Ini Menjadi?

"Apa rahsianya?"

Rahsia yang saya maksudkan ini adalah...

(bunyi drum)

Iklan Sebelum dan Selepas.
Atau nama popularnya Before and After.

Iklan jenis ini senang jumpa dalam niche diet, skincare, home improvement dan macam-macam lagi.

Nanti saya akan tunjukkan jenis-jenis iklan sebelum dan selepas.

Sebelum itu kita tengok kenapa iklan ini menjadi...

1. Prinsip Transformasi

Manusia memang suka pada transformasi.

Transformasi = perubahan

Apabila nampak berlaku perubahan,
kita akan teruja secara automatik.

Ala...

Macam tengok movie.

Sebelum hero menang, dia lemah dulu.
Kemudian hero akan bertransformasi.

Dan menang.

Transformasi ini membawa unsur harapan.

Harapan itulah yang audien beli sebenarnya.

Sebab kedua kenapa iklan ini menjadi...

2. Bukti Sosial

Ada satu kaji selidik dari Nielsen.

Mereka dapati 83% pengguna percaya rekomendasi daripada orang yang mereka kenal berbanding pendapat orang yang mereka tak kenal.

Orang yang mereka "kenal" ini sebenarnya berubah ikut keadaan.

Kenal = kawan-kawan
Kenal = satu agama
Kenal = satu bangsa
Kenal = satu negara

Maksudnya macam ini…

Anda tengok satu iklan.
Dia tunjuk gambar seorang makcik guna satu produk.
Dulu makcik ini sakit lutut sampai tak boleh jalan.
Selepas guna, siap boleh berlari lagi.

Kemudian anda pun cakap, “Eh makcik ni sebijik macam mak aku. Kalau mak aku guna produk ini, mesti tak sakit lutut juga”

Nampak tak macam mana anda membuat rationalisasi “kenal”.

Apabila guna iklan sebelum dan selepas,
anda seolah-olah membuktikan produk itu menjadi.

Buktinya?

Lihat hasil sebelum dan selepas.

Perhatikan betul-betul...

Saya guna perkataan "lihat".

Bukan baca.

Kalau audien tidak nampak secara visual perubahan sebelum dan selepas, kemungkinan untuk mereka percaya menurun.

Tapi kalau nampak secara visual,
memang terus percaya!

Anda dah dapat dua tips penting.
(kalau tak perasan, ulang baca sekali lagi).

Saya nak cerita sebab ketiga...

3. Prinsip Future Pacing

Teknik ini sangat popular.

Kalau anda belajar NLP, memang ada kupasan khas tentang teknik ini.

Future pacing adalah membantu seseorang untuk melihat diri dia di masa depan.

Dalam konteks iklan sebelum dan selepas,
anda bantu dia lihat diri dia selepas menggunakan produk anda.

Makin banyak gambar sebelum dan selepas yang audien nampak,
makin dia percaya yang diri dia akan jadi begitu.

Sekarang anda sudah faham kenapa iklan ini menjadi.

Cuma nak fokus sebelum dan selepas apa?

#1 Fokus Pada Hasil

Ini yang biasa kita jumpa.

Iklan ini fokus pada end result.
Memang berkesan.

Contoh gambar ini membuat perbandingan RESULT diri pengguna sebelum dan selepas menggunakan produk ini.

Kalau yang lebih klasik, terus buat dua kotak kiri dan kanan macam gambar di bawah ini:

Cuma macam mana kalau produk anda masih baru?

Belum ada testimoni...

Boleh fokus pada...

#2 Fokus Pada Proses

Proses maksudnya apa yang dilalui oleh seseorang.

Anda boleh highlight perubahan yang mereka akan rasa apabila menggunakan produk anda.

Kemudian bandingkan dengan sebelum guna produk itu.

Teknik ini juga berkesan.

Alternatifnya boleh guna teknik ketiga...

#3 Fokus Pada Lawan Pesaing

Sekarang anda bandingkan produk anda vs produk lain.

Trik untuk guna teknik ini adalah mencari kelebihan produk anda DAN fokus pada kelebihan produk anda sahaja.

Jadi biarpun produk pesaing itu ada fungsi yang lebih baik daripada anda,
tak perlu cerita yang itu.

Cuma hati-hati...

Jangan terlebih overclaim.

Dan elakkan menjatuhkan produk pesaing.

Ataupun guna teknik keempat...

#4 Fokus Pada Versi Baru

Teknik ini teknik kegemaran Apple.

Setiap kali mereka lancarkan produk baru,
mereka akan tunjukkan sebelum dan selepas.

Tapi mereka fokus pada produk sendiri.

Contohnya kenapa iPad terbaru lebih bagus dari ipad sebelum ini.

Iklan jenis ini berkesan untuk mempengaruhi pengguna sedia ada untuk membeli versi baru.

Trik Guna Iklan Jenis Ini

Kalau anda perhatikan kesemua contoh yang saya tunjukkan di atas, tak ada satu pun yang guna perkataan SEBELUM VS SELEPAS.

Atau perbandingan gambar direct macam ini…

Sebab iklan gambar begini hampir pasti tak lulus.

Maka anda perlu gunakan kreativiti untuk tunjuk sebelum dan selepas TANPA nyatakan dengan jelas.

Sebab itu ada yang guna
…old me vs new me
…selepas 1 bulan vs selepas 6 bulan
…produk saya vs produk lain

Dan kalau anda guna video,
boleh letakkan sebelum dan selepas pada slide atau minit berbeza.

Sekarang saya nak ajar macam mana…

Macam Mana Nak Buat Iklan Sebelum Dan Selepas

Nak buat iklan ini senang saja.
Tak perlu designer.

Anda boleh gunakan canva.

1/ Create New Design

2/ Kemudian taip “this vs that”. Anda akan dapat banyak ready made template.

3/ Selepas itu masukkan teks. Siap!

Dalam contoh ini, saya gunakan teks.
Paling bagus, guna visual.
Macam contoh-contoh di atas tadi.

Baik.

Sekarang masa untuk ada cuba.

Nanti beritahu saya result macam mana :)

Reply

or to participate.